Fiesta Homebakers Rasa 2023

2023 | Lorem Lepsum

Kini Telah Bersiaran Di Saluran Astro Ria & On Demand

Sambutan hari raya yang meriah sering dikaitkan dengan aneka jenis kuih raya untuk dijamu sepanjang Syawal. Biasanya sebelum Ramadan lagi kita sudah berkira-kira menempah biskut raya. Inilah masanya nak merasa sampel-sampel biskut supaya kena dengan cita rasa. Memudahkan orang ramai mencari dan menempah awal biskut raya, Mingguan Wanita dan Gula CSR akan menganjurkan Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya pada 12 Mac 2023, di Centre Court, Lower Ground Setia City Mall (SCM).